http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531557115.jpg

DARUL TAHFIZ UMMUL QURA

SEJARAH RINGKAS DTUQ JALAN KEBUN


DARUL TAHFIZ UMMUL QURA (DTUQ) ASALNYA ADALAH MA’AHAD TAHFIZ BUSTANUL `USSYAKIL QURAN YANG BERTEMPAT DI RUMAH SEWA LORONG HAJI HUSSAIN, JALAN KEBUN PADA TAHUN 2003 DENGAN JUMLAH PELAJAR 12 ORANG DIBAWAH BIMBINGAN SEORANG GURU HAFIZ AL-QURAN. SETELAH SETAHUN DATANGLAH BERBERAPA ORANG IBU BAPA YANG INGIN MEMASUKKAN ANAK MEREKA YANG DIDAPATI SELALU PONTENG SEKOLAH, MALAS, NAKAL DAN TELAH BERGAUL BEBAS DENGAN BUDAK-BUDAK NAKAL SEHINGGA TIDAK TERKAWAL. HARAPAN MEREKA AGAR ANAK-ANAK INI DAPAT DIDEDAHKAN DENGAN PENDIDIKAN AGAMA, KHUSUSNYA AL-QURAN AL-KARIM DAN TERDIDIK DENGAN AKHLAK ISLAM.


DALAM TAHUN 2004 HINGGA 2007 PELAJAR MENINGKAT LAGI KEPADA 35 ORANG YANG SETERUSNYA MENYEBABKAN KAMI BERPINDAH DAN MENYEWA DI TEMPAT YANG LEBIH BESAR DAN LUAS IAITU DI LORONG HAJI SAID, BERHADAPAN PADANG GOLF PADA TAHUN 2008 YANG MANA PELAJAR KETIKA ITU MENINGKAT BILANGAN BERJUMLAH 53 ORANG. KINI DTUQ JALAN KEBUN MENINGKAT LAGI KEPADA 80 ORANG PELAJAR TETAP DAN DIIMBING OLEH 6 ORANG GURU HAFIZ DAN DIJANGKA PERTAMBAHAN PESAT AKAN TERUS BERLAKU BERDASARKAN SENARIO SEMASA, DIMANA SETIAP TAHUN ADA PERMINTAAN UNTUK KEMASUKAN PELAJAR BARU.


DTUQ JALAN KEBUN DIASASKAN OLEH USTAZ ABD RASUL BIN RAHMAN DAN DIBANTU OLEH RAKAN-RAKAN DENGAN TUJUAN MENEMPATKAN ANAK-ANAK DARI KALANGAN KELUARGA MISKIN, ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK YANG BERMASALAH DENGAN PERSEKOLAHAN, AGAR MEREKA INI DAPAT MENERUSKAN PEMBELAJARANNYA. MATLAMAT KAMI AGAR ANAK-ANAK INI DAPAT DITARBIAHKAN IMAN, AMAL DAN AKHLAK MEREKA MENERUSI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, INSYA ALLAH.

AL-QURAN SUMBER MOTIVASI DIRI


TARIKH MULA BEROPERASI
ALHAMDULILLAH, DTUQ MULA BEROPERASI SEPENUHNYA PADA 1 MUHARRAM 1429 HIJRAH BERSAMAAN 10HB. JANUARI 2008 DENGAN BILANGAN PELAJAR SERAMAI 53 ORANG. KINI 2012 DTUQ JALAN KEBUN MENINGKAT LAGI KEPADA 80 ORANG PELAJAR DAN DIJANGKA PERTAMBAHAN TERUS BERLAKU BERDASARKAN SENARIO SEMASA.

 



LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531555416.jpg

SCHOOL OF TAHFIZ & ARABIC MALAYSIA(STAM)

ALAMAT:
HOME NO. 8-13-01, 8-13-02, 8-13-03, 8-13-3A,
JALAN MEDAN PB/8A BANGI SENTRAL SEKSYEN 9,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN

EMAIL:
MAIL STAMTAHFIZ@GMAIL.COM

NO TELEFON:
+603 8750 8199 / 018-5752372

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531554944.png

MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

ALAMAT:
LOT 30774, LORONG SENTOSA,
KG. JENDERAM HULU
SEPANG, MALAYSIA 43800

NO TELEFON:
013-932 0034

EMAIL:
MTK@TAHFIZKIBLAH.COM.MY

WEBSITE:

HTTPS://WWW.SEKOLAHKIBLAH.COM.MY

 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531552975.jpg

MAAHAD TAHFIZ ULUMUL HUDA

VISI

MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN PROFESIONAL YANG MAHIR DENGAN KEILMUANNYA BERIMAN, BERAMAL, BERSEPADU, BERAKHLAK MULIA, BERDAYA SAING, BERKETERAMPILAN, KUKUH DENGAN NILAI ISLAM SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN ARUS PERDANA DUNIA KINI

MISI

-MENAMBAH BILANGAN AHLI PERSATUAN.

-MENGUMPUL DANA MERANCANG MENGENDALIKAN KURSUS BERJDUAL KEPADA WARGA PITAS (PENGUSAHAN, GURU DAN PELAJAR)

-PENGIKTIRAFAN DAN PENGELUARAN SIJIL PERSATUAN KEPADA PELAJAR YANG TAMAT MENGHAFAZ 30 JUZUK.

-MERANCANG PENERUSAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR YANG TELAH MENGKHATAMKAN HAFAZAN 30 JUZUK DENGAN BAIK DAN INGAT KESELURUHANNYA.

 



 

 



LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531552180.jpg

MAAHAD TAHFIZ ISTIQOMATUDDIN

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

MAAHAD TAHFIZ ISTIQOMATUDDIN ( 13S ( 1 ) 7 / 51 ) DAN KOD SEKOLAH BYA 0114TELAH DITUBUHKAN PADA 3.2.2008 DENGAN SEORANG GURU DAN 16 ORANG PELAJAR SAHAJA. PADA AWAL PENUBUHAN, MAAHAD INI BEROPERASI DI SEBUAH RUMAH YANG DISEWA DI JALAN LAPIS 2, KG. SEMENTA, KAPAR. RUMAH TERSEBUT YANG DIDIRIKAN DI ATAS TANAH WAKAF MASJID ITU BAGAIMANAPUN KURANG SESUAI DIJADIKAN TEMPAT MAAHAD INI BEROPERASI KERANA MASALAH PERSEKITARAN, KEMUDAHAN YANG TERHAD SERTA KELUASAN RUMAH JUGA TIDAK MEMUNGKINKAN PIHAK MAAHAD MENAMBAH BILANGAN PELAJAR.

PADA AWAL APRIL 2008, PIHAK SURAU AL-FAIZIN TAMAN SG. KAPAR INDAH, KAPAR,TELAH BERMURAH HATI MENGIZINKAN MAAHAD BEROPERASI DI SURAU TERSEBUT. KEADAAN SURAU YANG LEBIH SELESA, KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK DAN RUANG YANG LEBIH LUASMEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN PARA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ INI.

AKAN TETAPI, ATAS KESEDARA UNTUK MENGEMBANGKAN LAGI MAAHAD INI, PIHAK MAAHAD
BERUSAHA UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI MENDIRIKAN BANGUNAN BARU SUPAYAMAAHAD INI DAPAT BEROPERASI DENGAN LEBIH BAIK. DENGAN TAKDIR ALLAH SWT, USTAZAHTASIMAH YANG MERUPAKAN PENDUDUK KG SEMENTA TELAH BERMURAH HATI MEWAKAFKANTANAHNYA SELUAS 1 SETENGAH EKAR DI JALAN LAPIS 6 KG SEMENTA UNTUK DIDIRIKAN KOMPLEKS PENDIDIKAN MAAHAD.

PADA BULAN NOVEMBER 2009, MAAHD TELAH BERPINDAH KE BANGUNAN DARULSAADAH, IAITU RUMAH WARGA EMAS YANG TELAH DIDIRIKAN BERSEBELAHAN DENGAN TANAH YANG TELAH DIWAKAFKAN KEPADA PIHAK MAAHAD. PADA AWAL BULAN SEPTEMBER 2011, PARA PELAJAR TELAH BERPINDAH KE BANGUNAN RUMAH GURU YANG DIJADIKAN ASRAMA SEMENTARA PARA PELAJAR DAN AKAN MENERUSKAN PENGAJIAN DI SINI SEHINGGA BANGUNAN MAAHAD SEPERTI YANG TELAH DIRANCANGKAN SIAP DIBINA.

MAAHAD TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM DAN PEJABAT TANAH DAERAH KLANG UNTUK MENDIRIKAN KOMPLEKS PENDIDIKAN MAAHAD DI ATAS TANAH WAKAF TERSEBUT. KOMPLEKS TERSEBUT AKAN DIDIRIKAN SEBERAPA SEGERA BERGANTUNG KEPADA JUMLAH DANA YANG TELAH BERJAYA DIKUMPUL. PADA APRIL 2016,KERJA-KERJA MENANAM CERUCUK TELAH DILAKUKAN DAN PEMBINAAN MASIH DILAKUKAN SEHINGGA SEKARANG.

MENGIKUT PERANCANGAN, BANGUNAN ITU AKAN TERDIRI DARIPADA KELAS, ASRAMA,MUSOLLA, MAKMAL KOMPUTER, DEWAN SERBAGUNA, KOPERASI, PERPUSTAKAAN, BILIK GURU, BILIK KAUNSELING, BILIK WARDEN, BILIK DOBI, DAN BILIK MENGGOSOK PAKAIAN. MALAH DI TINGKAT PALING ATAS ( BUMBUNG ) DIRANCANG AKAN DIWUJUDKAN GELANGGANG FUTSAL, TAKRAW, DAN BADMINTON. INI ADALAH BAGI MEWUJUDKAN MAAHAD TAHFIZ YANG LEBIH MODEN, LENGKAP DAN SELESA SEIRING DENGAN PEREDARAN ZAMAN DAN MASA.

OLEH ITU, PIHAK MAAHAD SANGAT BERHARAP AGAR JUMLAH YANG DIPERLUKAN IAITU HAMPIR 1.7 JUTA DAPAT DIKUMPUL SECEPAT MUNGKIN SUPAYA KOMPLEKS PENDIDIKAN MAAHAD DAPAT DIBANGUNKAN SEGERA. DIHARAPKAN, ADA PIHAK YANGBERMURAH HATI MENYUMBANG KEPADA PIHAK MAAHAD SEBAGAI SAHAM AKHIRAT DALAM USAHA MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG BERKUALITI DI BUMI ALLAH INI, SEKALI GUS MEMARTABATKAN AL-QURAN SEBAGAI KITAB AGUNG YANG PERLU DIHAYATI SEGALA ISIKANDUNGANNYA DAN
MENGAMALKAN SEGALA PERINTAH DAN AJARAN YANG TERKANDUNGDI DALAMNYA, IN SYAA ALLAH.

OBJEKTIF PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ ISTIQOMATUDDIN

  1. MEMARTABAT DAN MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN SERTA PENGHAFALAN AL-QURAN DALAM KALANGAN
    MASYARAKAT TERUTAMANYA GENERASI MUDA
  2. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA TIDAK MEMANDANG RINGAN AKAN KEPENTINGAN MENGHASILKAN
    GENERASI PENERUS PENGHAFAZ AL-QURAN
  3. MENUBUHKAN MAAHAD TAHFIZ YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN YANG LENGKAP, MODEN, DAN SELESA
    UNTUK MEMUDAHKAN LAGI PROSES PENDIDIKAN DALAM MATLAMAT MENGHASILKAN PARA HUFFAZ YANG
    SEIMBANG JASMANI DAN ROHANINYA.

VISI
MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG MAMPU MENJADI ULAMAK DAN PENDAKWAH ISLAM YANG MEMENUHI
SEMUA RUANG LINGKUP PERJUANGAN ISLAM.

MISI
MELAHIRKAN PARA HUFFAZ AL-QURAN YANG BERTAKWA, BERILMU, BERAKHLAK MULIA,
DAN BERWIBAWA.

HUBUNGI
NO TELEFON
UST. HJ ABDUL RAHIM AL-HAFIZ - MUDIR ( 012-2711268 )
USTZH FAIZAH BT HAMID – TIMBALAN MUDIR ( 017-6202054 )
TN HJ MAT ELLAH B. MAT NOR - PENGERUSI MAAHAD ( 018-2066456 )

 

ALAMAT:

LOT 65321 JALAN LAPIS 6,

KG.SEMENTA BT.6,

KLANG.



 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531551792.jpg

MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH

PENUBUHAN  MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH (MTSFAZ) ADALAH BERDASARKAN KESEDARAN, KEPRIHATINAN DAN TANGGUNGJAWAB BAHAWA PENDIDIKAN ISLAM PERLU UNTUK DIPERMANTAPKAN LAGI DARI PERINGKAT AKAR UMBI AGAR GENERASI ISLAM YANG MENDATANG KALIS DENGAN PENGARUH SERTA DUGAAN DUNIA AKHIR ZAMAN YANG KIAN MENCABAR.

DENGAN BERPAKSIKAN KEPADA PENDIDIKAN AL-QURAN AL-KARIM, AS SUNNAH DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH,MTSFAZ YAKIN BAHAWA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DAPAT DICAPAI SEMULA DAN NAMA BAIK ISLAM YANG DIROBEK SERTA DICACI OLEH GOLONGAN MUSUH AKAN DIPATAHKAN DENGAN PEMBUKTIAN BAHAWA KECEMERLANGAN INDIVIDU AKAN TERHASIL MELALUI PENDIDIKAN YANG BERTERASKAN AJARAN NABI KITA YANG AGUNG MUHAMMAD S.A.W.

MTSFAZ JUGA AKAN MENGETENGAHKAN PELBAGAI PEMBAHARUAN DALAM DUNIA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ISLAM. SISTEM PENDIDIKAN DIATUR DAN DIRANCANG DENGAN TELITI AGAR PELAJAR DAPAT MENERIMA DENGAN MUDAH LANTAS MENGAPLIKASIKANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. MTSFAZ MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR UNTUK MENEROKA DUNIA MELALUI DIMENSI PEMIKIRAN YANG BERBEZA DARIPADA KEBIASAAN DAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MAMPU MENGGALAKKAN KEMATANGAN PEMIKIRAN DAN EMOSI WALAUPUN PADA USIA KECIL.

DISAMPING PENEKANAN DALAM BIDANG AGAMA DAN AKADEMIK, PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN DENGAN SILIBUS YANG MEMUATKAN TENTANG PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL AGAR KESEIMBANGAN DALAM PENDIDIKAN IQ, EQ DAN SQ DAPAT TERBENTUK. JUSTERU, MTSFAZ DIYAKINI MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM SEMUA ASPEK DAN SEKALIGUS DIYAKINI MAMPU MELAHIRKAN PEMIMPIN ISLAM YANG BERMODAL INSAN TINGGI DAN BERJAYA DIMASA AKAN DATANG.  

JUSTERU, PENUBUHAN MTSFAZ ADALAH SATU SERUAN DAN KEWAJIPAN YANG PERLU DISAHUT BERSAMA OLEH SEMUA UMAT ISLAM AGAR USAHA UNTUK MEMARTABATKAN AGAMA ALLAH INI MENCAPAI MATLAMATNYA. INSYAALLAH.

 

ALAMAT:

NO. 19A, JALAN SG 3/19, PUSAT BANDAR SRI GOMBAK

BATU CAVES 68100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

03-61872672 / 016-2154015/ 016-2154014

 

EMEL:
MTSFAZ@GMAIL.COM

WEBSITE:

HTTP://WWW.MTSFAZ.EDU.MY 



LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531551723.jpg

MAAHAD TAHFIZ UMMUL-QURA

VISI

MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN PROFESIONAL YANG MAHIR DENGAN KEILMUANNYA BERIMAN, BERAMAL, BERSEPADU, BERAKHLAK MULIA, BERDAYA SAING, BERKETERAMPILAN, KUKUH DENGAN NILAI ISLAM SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN ARUS PERDANA DUNIA KINI

MISI

-MENAMBAH BILANGAN AHLI PERSATUAN.

-MENGUMPUL DANA MERANCANG MENGENDALIKAN KURSUS BERJDUAL KEPADA WARGA PITAS (PENGUSAHAN, GURU DAN PELAJAR)

-PENGIKTIRAFAN DAN PENGELUARAN SIJIL PERSATUAN KEPADA PELAJAR YANG TAMAT MENGHAFAZ 30 JUZUK.

-MERANCANG PENERUSAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR YANG TELAH MENGKHATAMKAN HAFAZAN 30 JUZUK DENGAN BAIK DAN INGAT KESELURUHANNYA.


ADDRESS :

JALAN KG. JAWA,
KG.TEBUK MUFRAD,
SUNGAI AIR TAWAR,
45100 SABAK BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

NO. TELEFON :

03-32136493



 

 



LAGI

Page 9 of 31