PENGENALAN
BERMULA DENGAN RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH LIL BANAT YANG BEROPERASI SEJAK 2011 HINGGA KINI. PADA PERINGKAT AWAL TELAH DIDAFTARKAN DENGAN NAMA RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH LIL BANAT DAN MULAI TAHUN 2017 TELAH DIDAFTARKAN DENGAN NAMA RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH BHD.
PENUKARAN NAMA INI BERIKUTAN TELAH MEMBUKA DUA ALIRAN(PEREMPUAN-LIL BANAT) DAN (LELAKI-LIL BANIN).
MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA ISLAM UNTUK PELBAGAI MASALAH SOSIAL, PENGAJIAN AGAMA(TAHFIZ & PENGAJIAN BERKITAB PONDOK MODEN) KHUSUS KEPADA KANAK-KANAK/REMAJA.
DITUBUHKAN BERIKUTAN PERMINTAAN MASYARAKAT YANG SEMAKIN BERTAMBAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN PENDIDIKAN AGAMA, JUGA MENJALANKAN PROGRAM KEROHANIAN, FARDHU AIN, MOTIVASI PELAJAR DAN KEMAHIRAN SEBAGAI CONTOH MEMASAKA DAN MENJAHIT.
MADRASAH INDUK ADALAH (DARUL ISLAH, SABAK BERNAM) YANG TELAH DIASASKAN OLEH ALMARHUM AYAHANDA TN GURU KH HJ AHMAD SHUHOD B HJ IKHSAN SEJAK TAHUN 80-AN, YANG MENJALANKAN BEBERAPA AKTIVITI KEBAJIKAN, RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA ISLAM(SYIFA’) DAN MENJADI PUSAT PENGAJIAN AGAMA/PONDOK JUGA PENGAJIAN UMUM UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT.
PADA TAHUN 2009 ALMARHUM AYAHANDA TN GURU KH HJ AHMAD SHUHOD B HJ IKHSAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH, LALU DISAMBUNG OLEH ANAKANDANYA TN GURU UST HASAN SHAZILI HINGGA TAHUN 2014 YANG KEMUDIANNYA JUGA TURUT KEMBALI KE RAHMATULLAH. SETERUSNYA DISAMBUNG OLEH WARIS LELAKI TUNGGAL ALMARHUM AYAHANDA KH HJ AHMAD SHUHOD IAITU TN HJ AZRAAI B HJ AHMAD SHUHOD SEBAGAI PENGERUSI DAN PEMEGANG AMANAH KEPADA MADRASAH DARUL ISLAH HINGGA SEKARANG.
PADA AWAL TAHUN 2011 MADRASAH DARUL ISLAH SABAK BERNAM MULA BERKEMBANG PULA DI DAERAH KAPAR, KLANG DAN DIUSAHAKAN OLEH HJH SITI HASNAH BT HJ AHMAD SHUHOD YANG JUGA MERUPAKAN WARIS KEPADA AL MARHUM TN GURU.
PADA PERINGKAT AWAL PENUBUHAN, ADALAH DENGAN MENYEWA SEBUAH RUMAH KAMPUNG DUA TINGKAT(RUMAH LAMA) YANG DISEWA DENGAN KADAR SEWA RM300 SEBULAN.
PEMBANGUNAN MADRASAH INI AGAK LANCAR APABILA MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA KETUA KAMPUNG SG SERDANG IAITU TN HJ HASSAN B BASIRAN. PADA TAHUN 2015 MADRASAH YANG DIBINA SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MELALUI DANA PERSENDIRIAN, PIHAK AR RIQAB(MAIS), DAN BANTUAN ORANG RAMAI DITAPAK WAKAF PERSENDIRIAN KETIKA ITU KERANA BILANGAN PELAJAR SEMAKIN BERTAMBAH DAN MEMERLUKAN TEMPAT YANG LEBIH BESAR, SELESA DAN SELAMAT UNTUK DIDUDUKI DI JALAN MAWAR, KG SG SERDANG, KAPAR KLANNG.
MADRASAH DARUL ISLAH BERHAD DI SG SERDANG INI SEKARANG SEDANG DALAM PROSES PEMBANGUNAN FASA 1 YANG MELIBATKAN KOS YANG AGAK TINGGI DAN DILAKUKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT DALAM PENGUMPULAN DANA.
PARA PELAJAR TERDIRI DARIPADA ASNAF, ANAK YATIM,ASNAF RIQAB ANAK IBU TUNGGAL DAN PELBAGAI KATEGORI YANG CENDERUNG PADA ALIRAN AGAMA DAN MEMERLUKANPENEMPATAN YANG LEBIH SELESA UNTUK MENJALANI PROGRAM PENGAJIAN, PENDIDIKAN DAN BIMBINGAN AGAMA DALAM USAHA MEMBENTUK AKHLAK ISLAM UNTUK KESIHATAN ROHANI DAN JASMANI.
PADA NOVEMBER 2016, MADRASAH DARUL ISLAH SG SERDANG INI MULA DIDAFTARKAN DENGAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR(PWS) SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (WAKAF KHAS UNTUK MADRASAH DARUL ISLAH SG SERDANG) DAN TELAH MELULUSKAN PENUBUHAN TABUNG DANA KHAS UNTUK PEMBANGUNAN MADRASAH DARUL ISLAH DI SG SERDANG INI.
 
VISI
MELAHIRKAN GENERASI DAN MASYARAKAT YANG SIHAT DARI SEBARANG MASALAH SOSIAL YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT DEMI MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
MISI
MEMBIMBING, MELATIH, MENDIDIK, MERAWAT BELIA/REMAJA BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH UNTUK MENJADI PROFESSIONAL ISLAM YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
 
ALAMAT:
JALAN MAWAR KG SG SERDANG, 42200 KAPAR KLANG, SELANGOR
HUBUNGI:
03-32500829/012-2768057
EMEL :
DARULISLAHSGSERDANG@GMAIL.COM