PENGENALAN
AL-QURAN ADALAH KITAB SUCI YANG MENJADI PANDUAN SEGENAP KEHIDUPAN MUSLIM DAN MUSLIMAT. WAJIB BAGI SETIAP INDIVIDU MUSLIM MENDAPAT PENGAJARAN DALAM KITAB SUCI ITU SUPAYA DAPATMENJADI PANDUAN KEPADA KEHIDUPAN.
SELAIN ITU WAJIB BAGI PELAJAR-PELAJAR DIASUH DAN DIBEKALKAN DENGAN HAFALAN AL-QURAN SUPAYA DAPAT MENYAMPAIKAN HAFALAN AL-QURAN DAN MENYEBARKANNYA.
USAHA - USAHA UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM YANG SYUMUL BERTERASKAN ALQURAN DAN AS-SUNNAH MEMERLUKAN KESEPADUAN DAN KERJASAMA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT SAMA ADA PEMIMPIN AGAMA, PEMIMPIN NEGARA, AHLI EKONOMI DAN KORPORAT SERTA PARA CENDEKIAWAN KE ARAH MENDOKONG CITA - CITA DAN SEMANGAT PERJUANGAN ISLAM.
LATAR BELAKANG
IDEA UNTUK MEWUJUDKAN MADRASAH DI SINAR ALAM, PUNCAK ALAM TELAH DICETUSKAN OLEH ALFADHIL USTAZ HAFIZHULLAH BIN MAHMUD. CADANGAN TERSEBUT TELAH DISAMBUT BAIK OLEH MASYARAKAT ISLAM DI SINAR ALAM, PUNCAK ALAM DAN SEKITARNYA.
SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH, PADA 24 APRIL,2016 DENGAN RASMINYA MADRASAH TERSEBUT DINAMAKAN MADRASAH AL-HUFFAZ WAL-ULUM. BERMULA DENGAN SEORANG MUDIR, SEORANG GURU DAN 5 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 3 ORANG PELAJAR PEREMPUAN, MADRASAH AL-HUFFAZ WAL-ULUM ( MAHWU ) MEMULAKAN PENGAJIAN TAHFIZ DAN DINIAH DENGAN MENYEWA PENEMPATAN RUMAH KEDAI TINGKAT ATAS SEBANYAK 1 LOT DAN 1 BUAH RUMAH SEWA, KINI TELAH BERTAMBAH KEPADA 5 LOT RUMAH KEDAI DAN 2 BUAH RUMAH SEWA DISEBABKAN JUMLAH PELAJAR YANG BERTAMBAH SEHINGGA JULAI 2017.
DI SAMPING ITU AL-FADHIL USTAZ HAFIZHULLAH BIN MAHMUD JUGA TELAH MERANGKA SATU SISTEM PENGAJIAN DARI SEGI TAHFIZ AL-QURAN DAN ILMU-ILMU YANG BERKAITAN DENGANNYA MELALUI TEKNIK PENGAJIAN TALAQQI MUSYAFAHAH DAN GABUNGAN SISTEM PENGAJIAN DINIAH.
BERMULA DENGAN KEPRIHATINAN INILAH TERBINANYA IDEA UNTUK MEMBUKA SEBUAH MAHWU
DENGAN HARAPAN AKAN LAHIR GENERASI AL-QURAN DAN MAHIR BERBAHASA ARAB DICELAH-CELAH KEMEROSOTAN AKHLAK DAN NILAI DI KALANGAN REMAJA MASA KINI SEBAGAIMANA YANG BERJAYA DILAHIRKAN OLEH RASULULLAH S.A.W PADA ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM DAHULU, SEMOGA USAHA KECIL INI MENDAPAT SOKONGAN DARI PELBAGAI PIHAK.
PENGHUJUNG TAHUN 2016, MAHWU MEMBUAT CADANGAN MEMBELI SEBIDANG TANAH DENGAN
KELUASAN 3 EKAR YANG TERLETAK DI KG BUKIT HIJAU, JERAM KUALA SELANGOR, SELANGOR.
PENGAMBILAN PELAJAR BARU MULA DIBUKA PADA AKHIR TAHUN 2016 DAN KINI PELAJAR SUDAH MENCECAH 114 ORANG PELAJAR PADA PERTENGAHAN TAHUN 2017.
 
FIRMAN ALLAH S.W.T:
MAKSUDNYA : SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TAKUT AKAN ALLAH S.W.TDARI KALANGAN HAMBA-HAMBANYA, HANYALAH ULAMA-ULAMA.-(SURAH FATHIR, : AYAT 28 )
BAGI TUJUAN ITU, BANDAR PUNCAK ALAM TELAH MENJADI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MAKSUD INI, SEBAGAI TEMPAT MENGHASILKAN ULAMA’ WARATHATUL AMBIA’ DAN PARA DAE’.
BERMULA DARI SINILAH TERBENTUKNYA SATU LEMBAGA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BAGI
MENJALANKAN AMANAH INI.
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL-ULUM ( MAHWU ) INI MERUPAKAN SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN / SEKOLAH AGAMA RAKYAT YANG TIDAK MENERIMA APA-APA BANTUAN TETAP DARI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN ATAU BUKAN KERAJAAN.
PENGURUSAN MAHWU DITADBIRKAN OLEH SEBUAH JAWATANKUASANYA SENDIRI,
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL-ULUM ( MAHWU ) DIWUJUDKAN JUGA TIDAK BERORENTASIKAN
KEUNTUNGAN IANYA LEBIH KEPADA MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT, SEDIA MAKLUM MASYARAKAT LUAR KINI SEDANG DILANDA KRISIS MORAL, AQIDAH DAN AKHLAK YANG SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AGAMA SEBAGAI PELENGKAP PENDIDIKAN KEBANGSAAN ARUS PERDANA DEWASA INI .
VISI
MELAHIRKAN GENERASI INSAN AL-QURAN YANG BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERSEPADU, BERAKHLAK MULIA, DAN BERKEMAMPUAN MEMBAWA DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ISLAM KEPADA MASYRAKAT
MISI
1)MELAHIRKAN GENERASI PENGHAFAL AL–QURAN YANG MAHIR, BERKETERAMPILAN DAN BERAMAL DENGAN ISI KANDUNGAN AL–QURAN, SEKALIGUS SEBAGAI AL-QURAN YANG BERGERAK.
2) MENGHIDUPKAN TRADISI PENGAJIAN AL-QURAN BERASASKAN SUNNAH RASULULLAH SAW
DENANG MENEKANKAN 5M (MEMBACA, MENULIS, MENGHAFAZ, MEMAHAMI DAN
MENGHAYATI).
SEBARANG PERTANYAAN SILA WHATSAPP
0183251843 (UST HAFIZ)
ALAMAT MADRASAH
NO 9-2 JLN DATARAN SURIA 15/7/3, SEKSYEN 15, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR
 
GOOGLE MEPS :
HTTPS://GOO.GL/MAPS/QWW8SMUOBU42
 
PAGE FACEBOOK:
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MADRASAH-AL-HUFFAZ-WAL-ULUM-1686618111596858/
 
MADRASAH AL HUFFAZ WAL ULUM LIL BANAT(MADRASAH PEREMPUAN):
NO 20, JALAN ALAM SURIA 16/38 SEKSYEN 16, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR
 
PENGETUA BANAT : 0193929687
 
LOKASI MADRASAH MAHWU BANAT:
HTTPS://GOO.GL/MAPS/PHOWPC1LQCH2
 
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL-ULUM ( CAWANGAN KLANG )
 
ALAMAT:
27, JALAN BUKIT JATI 3B, TAMAN BUKIT JATI, 41000 KLANG, SELANGOR, MALAYSIA
TELEFON:
+60 18-325 1843
 WEB:
HTTP://WWW.MADRASAHMAHWU.COM.MY/