http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531281258.jpg

IJTIMA HUFFAZ SELANGOR KE 9

IJTIMA' HUFFAZ SELANGOR KE 9 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM PADA 4-5 JULAI 2015 BERSAMAAN 17 & 18 RAMADHAN 1436H. MAJLIS DIRASMIKAN OLEH DATO MENTERI BESAR KERAJAAN N.SELANGOR YAB TUAN MUHAMMAD AZMIN ALI. SERAMAI3000 KEHADIRAN DI KALANGAN MUDIR, GURU-GURU DAN PELAJAR HUFFAZ MENGHADIRI MAJLIS HALAQAH HAFAZAN 30 JUZ SELAMA 2 HARI. JUGA BERLANGSUNG   SEMINAR AL-QURAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DARI PAKAR2 PENGAJIAN AL-QURAN. 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531281174.jpg

KURSUS PENGETUAAN UNTUK MUDIR-MUDIR MAAHAD TAHFIZ

KURSUS PENGETUAAN UNTUK MUDIR-MUDIR MAAHAD TAHFIZ SELANGOR BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA PADA 28-30 APRIL 2015. SERAMAI 60 MUDIR SELURUH MAAHAD TAHFIZ DI SELANGOR MENGHADIRI KURSUS SELAMA 3 HARI DI HOTEL PUTRI GARDEN DI KLANG. KURSUS PENGETUAAN INI DIANJURKAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN N.SELANGOR DAN JABATAN AGAMA ISLAM N.SELANGOR BHG PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA PENUH DARI PITAS.

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531281117.jpg

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PITAS KE-11

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PITAS KE-11 BERLANGSUNG DENGAN SEMPURNA PADA 29 MAC 2015 DI INSTITUT LATIHAN ILMUAN AL-QURAN PITAS DI SG KERTAS GOMBAK. SERAMAI 100 KEHADIRAN DI KALANGAN MUDIR DAN GURU2 MAAHAD TAHFIZ. TAHNIAH KEPADA UST ASHRI B. LATEH AL-MUQRI' DIKEKALKAN SEBAGAI PENGERUSI PITAS BAGI SESI 2015-2017.

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531281038.jpg

LAWATAN PENANDA ARAS KE TURKI

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS) TELAH DITUBUHKAN PADA 13HB. NOVEMBER 2003 DENGAN PENDAFTARAN ROS 1660-03-7. PITAS ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN NGO ISLAM YANG BERGERAK DAN BERPERANAN SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN, PENGHUBUNG TARA DAN JURU BICARA PENYAMPAI MAKLUMAT YANG TELUS KEPADA SEMUA PIHAK UNTUK MENGENENGAHKAN PANDANGAN, CADANGAN ATAU APA SAJA YANG BERKAITAN BAGI MEWAKILI SUARA HATI PENGUSAHA-PENGUSAHA INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN PERSENDIRIAN SELURUH DAERAH NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.

KEANGGOTAAN PITAS ADALAH TERDIRI DARI SEMUA INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN PERSENDIRIAN YANG BERDAFTAR, SEDANG MENDAFTAR DAN BELUM BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (BPI JAIS).

SEMOGA DENGAN KEWUJUDAN PITAS, DAPAT MEMBANTU MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN SEGALA URUSAN YANG BERSANGKUTAN DENGAN JAIS.

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531280880.jpg

SEKAT PENGARUH EKSTREMIS MELALUI PENDIDIKAN WASATIYYAH

PENGENDALI SEKOLAH AGAMA DAN PONDOK MENGAKUI SISTEM PENDIDIKAN BERASASKAN WASATIYYAH MENJADI KUNCI MENYEKAT PENGARUH KEGIATAN EKSTREMIS DAN MILITAN NEGARA ISLAM (IS).

SELAIN ITU, DANA YANG DISUMBANG OLEH PIHAK TERTENTU ATAU INDIVIDU AKAN DIREKODKAN DAN SEKIRANYA ADA BANTUAN MENCURIGAKAN, LAPORAN AKAN DIBUAT KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI.

PENGERUSI PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS), ASHRI LATEH AL-MUQRIL, BERKATA PIHAKNYA MEMPUNYAI SISTEM PENDIDIKAN YANG MEMBERI PENEKANAN CINTAKAN KEAMANAN DAN MENGHORMATI SESAMA MANUSIA BIARPUN BERLAINAN AGAMA.

“SEMUA PENSYARAH YANG MENGAJAR, SEMEMANGNYA DINILAI DAN DITAPIS LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BAGI MEMASTIKAN ILMU YANG DISAMPAIKAN TIDAK TERPESONG MANAKALA PELAJAR DITERAPKAN PENDIDIKAN ISLAM YANG SEBENAR.

“MALAH MENGAMALKAN WASATIYYAH ATAU KESEDERHANAAN ADALAH PERKARA YANG DIUTAMAKAN BAGI MEMBOLEHKAN KEHIDUPAN SEBAGAI ISLAM YANG SEBENAR DAPAT DILAKUKAN SECARA SYUMUL.”

BELIAU BERKATA DEMIKIAN KETIKA DIMINTA MENGULAS KENYATAAN TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO’ DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, SEBELUM INI BAHAWA INSTITUSI AGAMA DAN PONDOK DI NEGARA INI, BEBAS DARIPADA KEGIATAN EKSTREMIS DAN MILITAN IS.

KEPUTUSAN ITU DIPEROLEH MELALUI PEMANTAUAN DAN KAJIAN LEMBAGA PENASIHAT PENYELARAS PELAJARAN DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM (LEPAI) TERHADAP 172 PONDOK DI SELURUH NEGARA.

PEMANGKU PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MASJID SAIDIAN ALI, BUKIT KATIL, MELAKA, SITI NORAWIYAH ZAKARIA, BERKATA PIHAKNYA MENERAPKAN PENDIDIKAN YANG BETUL DENGAN PANDUAN BERASASKAN ISLAM.

“KAMI JUGA MEMBAWA PELAJAR BERJUMPA DAN BERGAUL DENGAN MASYARAKAT TANPA MENGIRA KAUM SETIAP BULAN BAGI MENDAPATKAN INPUT MENGENAI SITUASI SEMASA DALAM MENDIDIK MEREKA SECARA KRITIS DAN KREATIF.

SELEPAS ITU, MEREKA AKAN MELAKUKAN PERBINCANGAN DI DALAM KELAS DENGAN BERTUKAR PENDAPAT DAN PANDANGAN SEKALI GUS MEMBUKA MINDA MEREKA DALAM MELIHAT SESUATU YANG BAIK DAN BURUK,” KATANYA.

SITI NORAWIYAH BERKATA, PIHAKNYA YANG MENERIMA BANTUAN DARI PELBAGAI AGENSI AGAMA TURUT MENDAPAT SUMBANGAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK LAIN.

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1531280339.jpg

MISI BANTUAN BANJIR MANIK URAI KELANTAN

MISI BANTUAN BANJIR KE MANIK URAI KUALA KERAI KELANTAN MELIBATKAN BANTUAN SEBANYAK RM100 RIBU YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI PITAS UST HJ ASHRI B. LATEH AL-MUQRI'. SERAMAI 100 PESERTA BANTUAN BANJIR DI KALANGAN MUDIR, GURU-GURU DAN PELAJAR TERLIBAT DALAM MISI INI. DI SAMPING BANTUAN SECARA WANG TUNAI, MAKANAN, BARANGAN JUGA BANTUAN MEMBERSIHKAN RUMAH2 ORANG TUA DILAKSANAKAN. PU HAFIZ JUGA SEMPAT MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA ANAK2 PELAJAR DI SEKOLAH AGAMA DI MANIK URAI.

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527922456.JPG

MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM (MADU)

ALAMAT:
D/A : MASJID JAME' AT TUQA
PARIT SATU SEG SIREH
45550 TG KARANG
BESTARI JAYA

LAGI

Page 12 of 31