Image Banner

JOM INFAQ IFTAR PERDANA 3000 HUFFAZ

Jom berinfaq bersempena Iftar Perdana 3000 Huffaz (Ijtima' Huffaz Selangor ke 16). Infaq boleh dibuat secara online menerusi pautan di bawah:

 

LAGI

PERMOHONAN PROGRAM LALUAN PANTAS (FAST TRACK) SPM HUFFAZ SELANGOR 2023

Fast Track SPM Huffaz Selangor tahun 2022 merupakan satu program Kerajaan negeri Selangor yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz negeri Selangor (PITAS). Merupakan satu saranan Dato’ Menteri Besar Selangor supaya mewujudkan kelas tuisyen sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah negeri Selangor untuk memberi ruang murid-murid Institusi Tahfiz persendirian swasta menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ). Program ini ditawarkan kepada semua Institusi Tahfiz negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS atau PITAS.

*Kelas pengajian Setiap Sabtu & Ahad jam 8pagi - 5ptg.

*Percuma pengajian, buku rujukan, buku latihan, seminar Teknik Menjawab peperiksaan, seminar pecitan akhir dan slot motivasi. Manakala Buku Teks diberikan secara pinjaman. Makan dan pendaftaran peperiksaan SPM adalah tanggugan pelajar.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Warganegara Malaysia
2.Sedang atau pernah menuntut di Institusi Tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS dan PITAS.
3.Telah menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzu’ Al Quran
4.Berumur 17 – 21 tahun
5.Lulus UPSR dan ujian saringan 

PERMOHONAN ADALAH MELALUI ATAS TALIAN,KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MENDAFTAR

 

    

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 HB JANUARI 2023

SENARAI NAMA UNTUK DIHUBUNGI

MOHD ZAHARUDIN BIN HUSSAIN
(EXCO PITAS DAERAH SEPANG)
0193310034

MOHD SUFI BIN ABAS
(EXCO PITAS DAERAH KLANG)
0193021988

RAJA SARINAH BINTI RAJA ALIAS
(EXCO PITAS DAERAH SHAH ALAM)
0122023024

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAZAK
(EXCO PITAS DAERAH SABAK BERNAM)
0195649262

ADANG MALIK BIN MAHMUD
(EXCO PITAS DAERAH KUALA LANGAT)
0129447745

AHMAD FAUZI BIN MAT ELLAH
(EXCO PITAS DAERAH KUALA SELANGOR)
0196110857

MAHAYUDDIN BIN OTHMAN
(EXCO PITAS DAERAH GOMBAK)
0172401961

MOHD AMIR HADI BIN MOHD WAHI
(EXCO PITAS DAERAH PETALING)
01115726322

ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
(EXCO PITAS DAERAH HULU LANGAT)
0193212610

SYAHZAM EZRAN BIN HAJI MANJA
(EXCO PITAS DAERAH HULU SELANGOR)
0132839173

LAGI

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2022 DARUL QURAN PITAS

BIASISWA PENUH PERCUMA

Assalamualaikum w.b.t..

➡️ Kami dari DARUL QURAN PITAS (BZH 7043) berdaftar JAIS & JPK mempelawa semua calon yang berkelayakan untuk Menyambung pengajian di sini.

——————————————————

➡️ Kami menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (PENGAJARAN TAHFIZ) P854-002-3:2016 diiktiraf MQA & JPK. Pengajian selama 1 tahun mulai FEBUARI 2022.

KENAPA DQ PITAS
✅ Yuran Pengajian & Asrama adalah PERCUMA
✅ Terhad kepada 25 pelajar Lelaki sahaja
✅ Guru syahadah & Agama berpengalaman
✅ Transfer kredit menyambung Diploma & Degree Pengajian Islam / Tahfiz (Hanya 3 tahun tambahan keseluruhan)
✅ Sistem syahadah 30 juzuk & Fast Track SPM disediakan PERCUMA

➡️ Syarat-syarat kelayakan :
📌 Lelaki berusia 16 tahun (tahun 2022) dan ke atas
📌 Telah Menghafaz Minimum 10 juzuk (khatam diutamakan)
📌 Bersedia Menjadi Guru Tahfiz/ Imam bersifat Mursyid
📌 Sihat Tubuh Badan

➡️ Scan sijil berkaitan beserta salinan IC / KP dalam bentuk PDF dan email : darulquranpitas@gmail.com
➡️ Ibu dan Bapa boleh mengikuti Aktiviti pelajar DQ PITAS dengan follow page INSTAGRAM DAN FACEBOOK KAMI

IG : darulquranpitas
FB : facebookdarulquran
Page : www.pitas.com.my

➡️ Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :
USTAZ HANIFAH BIN ABDULLAH
WHATSAP

 

GAMBAR PENUH DARUL QURAN PITAS KLIK DISINI

LAGI

KUTIPAN BANJIR KILAT MAAHAD TAHFIZ SELANGOR

Assalamualaikum...
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) menerima laporan lebih 30 maahad tahfiz sekitar Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kepong, Kuala Langat, Hulu Langat mengalami musibah banjir dan kerugian lebih RM1juta seperti peralatan perabot, eletrik, buku2 dll.

Bantuan secara online :

KLIK DISINI UNTUK MENYUMBANG SECARA ONLINE

Atau transfer ke acc Maybank PITAS : 562179507293, pm slip ke Bendahari PITAS 0196952099. Segala kerjasama diucapkan jutaan.

Ust Hafiz Haneefa
Pengerusi PITAS

LAGI

TABUNG PRIHATIN TAHFIZ SELANGOR

Peluang kepada semua muslimin dan muslimat serta para dermawan untuk menggandakan pahala amal kebajikan serta manfaatkan rezeki yang Allah berikan dengan menghulurkan sumbangan

Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah: 274)
Terima kasih.

Sumbangan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan dibawah:

KLIK DISINI UNTUK MEMBUAT SUMBANGAN

LAGI

MISI MENYELAMATKAN 350 MAAHAD TAHFIZ DI SELANGOR TAHUN 2021

TABUNG PRIHATIN TAHFIZ SELANGOR

( RM 17 JUTA DIPERLUKAN)

Alhamdulillah setakat ini terdapat 30 maahad tahfiz yang telah mendapat Sijil Pendaftaran Penuh JAIS (5 Tahun). Manakala 350 maahad lagi dengan SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA (1 Tahun).

Hasil sumbangan dan waqaf orang ramai serta bantuan baik pulih dari JAKIM dan Kerajaan Negeri Selangor, maahad2 tahfiz dapat ditambah baik setiap tahun.

Walaubagaimanapun 90% maahad masih dalam proses memohon Kebenaran Merancang semula seperti penukaran status syarat tanah, plan bangunan dll yang memerlukan kos yang amat tinggi.

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) merayu dan memohon Sedekah Jariah dari badan-badan korporat, GLC, syarikat swasta, bantuan orang ramai untuk membantu maahad2 tahfiz ini dapat diselamatkan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kos keseluruhan 350 maahad sebanyak RM 17 JUTA.

Mungkin kita tidak mampu menghafaz Al-Quran tetapi kita mampu membantu bersama membina Generasi Al-Quran. Alhamdulillah setiap tahun sekurang2nya 1,000 Huffaz dilahirkan di Negeri Selangor yang menyambung dalam pelbagai bidang profesional, kemahiran, agama di dalam dan luar negara.

Kami ada masa 1 tahun untuk menyegerakan usaha ini dalam misi menyelamatkan 350 maahad tahfiz yang telah berdaftar sementara untuk mendapatkan PENDAFTARAN PENUH JAIS (5 Tahun).

Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.”

Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Jangan sampai di akhir nanti kita merayu kepada Allah seperti mana Firman Allah : “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh... (Surah al-Munafiqun 10)

Sumbangan boleh dilakukan secara online menerusi pautan berikut:

KLIK DISINI

LAGI

MISI KEMANUSIAAN RONGHIYA

MISI ini diketuai oleh MAPIM dan wakil PITAS yg bersama adalah Ustzh Susi selaku Exco Muslimat PITAS. Bantuan dari LZS sebanyak RM30 ribu dan RM10 ribu dari AHLI PITAS. Di samping itu, PITAS juga memberi elaun kepada Guru2 Al-Quran yg mengajar anak2 roghiya di Camp in Cox's Bazar. Program ini telah dijalankan selama 2 kali iaitu tahun 2018 dan 2019

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner