http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527649379.jpg

AKADEMI TAHFIZ IHYA UL QURAN (ATIQ)

PENGENALAN TENTANG SEKOLAH

DITUBUHKAN PADA 9 JANUARI 2009


VISI SEKOLAH

MENJADIKAN AKADEMI TAHFIZ IHYA'UL QURAN (ATIQ)SEBAGAI SEBUAH AKADEMI TAHFIZ YANG UNGGUL DAN CEMERLANG MENGIKUT ACUAN RASULULLAH S.A.W DALAM BIDANG AKADEMIK,KORIKULUM, KEPIMPINAN,DAN SYAKHSIYAH SELARAS DENGAN SYARIAT ISLAM YANG SYUMUL.


MISI SEKOLAH

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERTERASKAN AL-QURAN MELALUI TEKNIK PEMBELAJARAN "TALAQQI"YANG MENEKANKAN KAEDAH PEMBACAAN ,HAFAZAN,PEMAHAMAN DAN AMALAN BAGI MENCAPAI KUALITI HIDUP SEBAGAI MUSLIM YANG SEJATI BESERTA DENGAN PENGAJIAN AKADEMIK PERINGKAT MENENGAH DAN NEGARA.


ALAMAT SEKOLAH

AKADEMI TAHFIZ IHYA'UL QURAN LOT 3631 KG BUKIT LANCHONG 40000 SHAH ALAM SELANGOR


NO.TELEFON SEKOLAH  019-5477526/019-2795549

 



 

 



 


LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527647434.jpg

MADRASATUL QURAN WASSUNNAH

PENGENALAN TENTANG SEKOLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. TANGGAL 16/6/2011 SEORANG INSAN BERHATI MULIA TELAH MEWAKAFKAN SEBIDANG TANAH BERKELUASAN 2 EKAR DI LOT 2359 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) SUPAYA DIBANGUNKAN SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN QURAN DAN ISLAM. PADA ASALNYA, TANAH TERSEBUT TERDAPAT SEBUAH RUMAH KAYU KECIL YANG USANG, BEBERAPA POHON DURIAN DAN TANAH TERSEBUT TERLIHAT TERBIAR TIDAK DIUSAHAKAN. TANAH TERSEBUT TELAH MULA DIBERSIHKAN OLEH DUA ORANG IAITU USTAZ ZAINAL ABIDIN@ZAILAN BIN ZAITON DAN SATU ORANG YANG LAIN UNTUK MENEBAS, MEMASANG PAGAR DAN MEMBAIKI BAIKPULIH RUMAH ASAL TERSEBUT. PADA 8 SEPTEMBER 2012 SEJUMLAH 5 ORANG PELAJAR TELAH MULA DI AMBIL BELAJAR SEBAGAI PELAJAR PERINTIS MADRASAH TERSEBUT. MADRASAH INI TIDAK DIKENAKAN SEBARANG YURAN ATAU BAYARAN. KEUTAMAAN PELAJAR YANG DIAMBIL ADALAH DARIPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN. JUSTERU ITU USTAZ DAN PELAJAR TELAH SAMA-SAMA BERGOTONG ROYONG MEMBANGUNKAN MADRASAH.


SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA KOS OPERASI DAN PEMBANGUNAN DISUMBANGKAN OLEH IBUBAPA PELAJAR, ORANG PERSEORANG DAN PERSATUAN YANG SEDIA MEMBANTU. PIHAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) PERNAH MEMBERI SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MEMBINA BANGUNAN PERTAMA PADA TAHUN 2012 DAN 2013. BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN KOS OPERASI DAN PEMBANGUNAN PIHAK MADRASAH MENGAMBIL PENDEKATAN KHIDMAT MADRASAH. UNTUK SARA DIRI, PELAJAR-PELAJAR KHIDMAT MENTERNAK BINATANG TERNAKAN SEPERTI LEMBU, KAMBING DAN AYAM SERTA MENANAM SAYUR-SAYURAN. UNTUK PEMBANGUNAN, SEBAHAGIAN PELAJAR-PELAJAR AKAN MEMBANTU PEKERJA-PEKERJA BINAAN YANG BERGAJI, BERKHIDMAT MEMBINA BANGUNAN DISEBELAH PAGI DAN PETANG.


KELAS PENGAJIAN QURAN BERMULA SEAWAL JAM 4.50 PAGI.  BEBERAPA ORANG PELAJAR SECARA BERKUMPULAN AKAN BERGILIR-GILIR MEMBERI KHIDMAT UNTUK MEMASAK MAKANAN UNTUK KEPERLUAN SEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN MADRASAH. PIHAK MADRASAH AKAN MENYEDIAKAN BAHAN MENTAH DAN PELAJAR AKAN MEMASAK. KELAS SESI PAGI BERAKHIR PADA JAM 11.30 PAGI. SELAIN DARIPADA PELAJAR YANG KHIDMAT MASAK, PELAJAR LAIN DIWAJIBKAN UNTUK TIDUR TENGAHARI SEHINGGA JAM 1.00 PETANG. SELEPAS  MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR JAM 2.00 PETANG, KELAS PETANG BERMULA SEHINGGA JAM 5 PETANG. SEUSAI SOLAT ASAR, PELAJAR-PELAJAR DIWAJIBKAN KHIDMAT MADRASAH SEPERTI KEBERSIHAN, BERKEBUN DAN BERTERNAK. KELAS MALAM PULA BERMULA SELEPAS SOLAT MAGHRIB HINGGA SOLAT ISYAK PADA JAM 10.30 MALAM.

VISI SEKOLAH

MENGEMBANGKAN PEMBELAJARAN ILMU AL QURAN SERTA SUNNAH DI KALANGAN UMAT ISLAM

MISI SEKOLAH

BERPEGANG TEGUH PADA QURAN DAN SUNNAH


ALAMAT SEKOLAH

LOT 2359 JALAN LAMA GENTING, 44300 BATANG KALI,
SELANGOR DARUL EHSAN.


NO.TELEFON SEKOLAH

019-9113896 (MUDIR MADRASAH)

 



 

 



LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527155867.png

MAAHAD TAHFIZ MASJID AL RIDHUAN

PENGENALAN

MAAHAD TAHFIZ MASJID AL-RIDHUAN (MATAR) ADALAH SEBUAH INTITUSI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN HAFAZAN AL-QURAN PERSENDIRIAN YANG TELAH DITUBUHKAN PADA 16 MAC 1998 DAN TELAH BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).

IA TERLETAK DI BATU 7 ½ HULU KELANG 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN. USTAZ BISRI IBRAHIM MERUPAKAN PENGETUA KEPADA MAAHAD TAHFIZ INI SERTA DI BANTU OLEH 10 ORANG KAKITANGAN TETAP IAITU SELAKU GURU HAFAZAN, WARDEN DAN GURU FARDHU AIN, 5 ORANG GURU SAMBILAN DAN JUGA 2 ORANG PEMBANTU TADBIR. STRUKTUR BANGUNAN DI MAAHAD INI ADALAH TERDIRI DARIPADA DUA BANGUNAN 2 TINGKAT YANG MENEMPATKAN RUMAH GURU, KELAS, RUANG PEJABAT, DEWAN MAKAN, SERTA DORM (ASRAMA) PELAJAR MATAR.

AL-QURAN ADALAH SUMBER YANG AMAT PENTING DALAM MEMBENTUK INSAN JUGA MEMBENTUK UMMAH YANG SENTIASA TERPIMPIN DAN TEERBIMBING PADA SEGALA KEBAIKAN JUGA KEMAJUAN SEPERTI BERJAYANYA RASULULLAH S.A.W MEMBENTUK SAHABAT- SAHABAT RADHIALLAHU ‘ANHUM YANG DIKENAL DALAM SEJARAH SEBAGAI KHAIRAH UMMAH. HAKIKATNYA DIDIKAN RASULULLAH S.A.W ADALAH BERLANDASKAN WAHYU YANG DITURUNKAN KEPADANYA DARI ALLAH S.W.T YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN ALAM.

JUSTERU PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ MASJID AL- RIDHUAN INI AMATLAH DIPERLUKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG CINTAKAN AL-QURAN, MENGHAYATI SETERUSNYA MENGAMALKANNYA.

VISI

MELAHIRKAN PARA HUFFAZ YANG BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN BERTAQWA


FALSAFAH PENDIDIKAN MATAR ADALAH BERDASARKAN SEBUAH HADITH RASULULLAH S.A.W YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM BUKHARI خيركم من تعلم القرآن وعلمه YANG BERMAKSUD : “SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH MEREKA YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA”, OLEH ITU PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN ADALAH TERAS PEMBELAJARAN MATAR.

MISI

MENDIDIK DAN MENDEKATKAN DIRI MENJADI INSAN YANG BERPANDUKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

ALAMAT:

BATU 7 1/2 HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR.

HUBUNGI:
03-42516734 H/P: 012 6777774

EMAIL:
TAHFIZ.ALRIDHUAN@GMAIL.COM



 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527155025.jpg

MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN

PENGENALAN

MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL ELSAN  DIASASKAN OLEH UST ISHAK BIN ABDUL RAHIM DAN SAHABAT SAHABAT BELIAU.

MULA BEROPERASI DI TAMAN JAYA,PUNCAK ALAM DAN BERPINDAH KE BANGUNAN BARU DI KAPAR KLANG PADA 5 JANUARI 2014.DIATAS SEKEPING TANAH SELUAS 1/2 HEKAR(HASIL SUMBANGAN DR AIZAN BT TUAN HAJI YUSUF).

NAMA MAAHAD DIBERI OLEH AL HABIB MUHAMMAD  BIN SOLEH AL ATHAS .MURSYID RIBAT AL FATAH HURAIDHOH YAMAN.

 

KEWANGAN MAAHAD TAHFIZ INI BERGANTUNG KEPADA YURAN BULANAN DAN SUMBANGAN SERTA INFAK DARI INDIVIDU ATAU ORGANISASI YANG BERMURAH MEMBERI SUMBANGAN.

BERDAFTAR DI BAWAH JAIS DAN PERSATUAN TAHFIZ SELANGOR(PITAS)

VISI

MELAHIRKAN GENERASI  AL-QURAN YANG BERWAWASAN DAN CINTA AL-QURAN.

MERAMAIKAN AL-HAFIZ DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MUTU BACAAN AL-QURAN.

MEMBENTUK INDIVIDU YANG BERAKHLAK BERDASARKAN AL-QURAN.

MEMBENTUK ORGANISASI PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ YANG MANTAP YANG MAMPU MELAHIRKAN PEJUANG AGAMA YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.

MISI

MEMBINA PENEMPATAN PELAJAR YANG BAIK SUPAYA PELAJAR DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA.

MENYUSUN SISTEM PENGAJIAN BERASASKAN  AGAMA YANG MENITIKBERATKAN HAFAZAN AL-QURAN  DAN FARDHU AIN DI SAMPING ILMU FARDHU KIFAYAH YANG TIDAK DILUPAKAN.

MENGATUR SUASANA SEKELILING YANG DAMAI DAN HARMONI AGAR  PELAJAR DAPAT MEMBERI FOKUS KEPADA HAFAZAN DAN PENGAJIAN.

MEMBIMBING DAN MENGEMBANGKAN BAKAT DAN PRESTASI PELAJAR AGAR DAPAT MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERKUALITI DAN BERPRESTASI.

ALAMAT

LOT 3539 JALAN KERETAPI LAMA BT 11  3/4  KG BT 12 42200 KAPAR KLANG SELANGOR

HUBUNGI: 0136201543

 



 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1__1527154374.jpg

MAAHAD TAHFIZ AL MUNAWWARAH

PENGENALAN

MAAHAD TAHFIZ AL-MUNAWWARAH (MTAM) TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1997. SEBUAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT SAR (TAHFIZ) PERSENDIRIAN. BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 13S (9)1/46 SEJAK TAHUN 1997 DAN PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS) 2004-001-003 (SEL/GB) SEJAK 2003.

MTAM DITUBUHKAN TIDAK BERORENTASIKAN KEUNTUNGAN, IANYA SEBUAH INSTITUSI MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AGAMA KHUSUSNYA MENGHAFAL AL-QURAN DAN ILMU-ILMU AGAMA ISLAM KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT. INSTITUSI INI TIDAK MENERIMA BANTUAN DARIPADA KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN MAHUPUN DARIPADA INDIVIDU PERSEORANGAN.

MISI

PROSES PENDIDIKAN YANG BERPAKSIKAN KEPADA AQIDAH KETAUHIDAN KEPADA ALLAH SWT BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH MELAHIRKAN INSAN AL-QURAN BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERSEPADU, BERAKHLAK MULIA DAN BERKETERAMPILAN.

ALAMAT

LOT. 1334, KAMPUNG KEMENSAH DALAM, MUKIM ULU KLANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

 HUBUNGI :

03-4162 2719

 



 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1672114349.jpg

MAAHAD TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL EHSAN

PENGENALAN

MAAHAD TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL EHSAN DITUBUHKAN SECARA RASMINYA PADA JANUARI 2012. PERBINCANGAN DAN PENYELIDIKAN  YANG MENDALAM TELAH DIJALANKAN SEBELUM INSTITUSI PENDIDIKAN INI BEROPERASI SEPENUHNYA. DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN SISTEM PENDIDIKAN YANG MENYELURUH MAKA OPERASI MTSTDE MERANGKUMI KETIGA-TIGA ASPEK KURIKULUM IAITU HAFAZAN, DINIYYAH DAN AKADEMIK.

SEHINGGA KINI, MTSTDE MENERUSKAN OPERASI DI KAMPUNG RAJA UDA UNTUK SAMA- SAMA MENJANA GENERASI RABBANI YANG HUFFAZ PROFESIONAL. INSYAALLAH.

VISI

INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MENJUNJUNG AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP GENERASI PENENTU TAMADUN UMMAH.

MISI

MELAHIRKAN GENERASI RABBANI YANG MAMPU MENGHAYATI DAN MENGHAFAZ AL-QURAN, MENGUASAI ILMU WAQI’E DAN SYAR’IE SERTA MEMILIKI SAHSIAH TERPUJI DI SAMPING MEMPUNYAI KECERDASAN MENTAL, FIZIKAL DAN KEROHANIAN YANG TINGGI.

ALAMAT

NO 7-1&7-2, WISMA KOJAYA,LORONG ORKED 2B/KS 04,

KAMPUNG RAJA UDA, 42000 PELABUHAN KLANG,

SELANGOR.

HUBUNGI: 
03 -3162 4051 (PEJABAT) / 013 5028964 (MUDIRAH)

 



 

LAGI
http://pitas.awfatech.com/persatuan/content/news/newsf1_Root_1527152448.jpg

AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH

SEJARAH PENUBUHAN AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN IZIN ALLAH MAKA TERTUBUHLA AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH. AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH DITUBUHKAN PADA DISEMBER 2014 OLEH HASIL KERJASAMA DARI 2 ORANG PENGASAS IAITU SAUDARA SUHAIMI BIN A.RAHMAN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI AMY SEARCH PENYANYI ROCK TERKEMUKA MALAYSIA DAN RAKANNYA USTAZ BILAL BIN MOHD SUJAK. HASIL PERBINCANGAN ANTARA DUA INDIVIDU INI MAKA TERTUBUHLAH AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH YANG BEROPERASI SECARA RASMI PADA JANUARI 2015. PADA PERMULAAN OPERASI AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH HANYA MEMPUNYAI 12 ORANG PELAJAR 2 ORANG GURU TAHFIZ, 3 ORANG GURU AKADEMIK DAN SEORANG STAFF SOKONGAN. DARI MASA KE MASA AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH TELAH MENERIMA PENAMBAHAN PELAJAR SEHINGGA 21 ORANG PELAJAR. LOKASI PERTAMA AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH ADALAH DISAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH. OLEH KERANA PERMINTAAN YANG TINGGI DARI ORANG RAMAI AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH TELAH BERPINDAH KE LOKASI YANG BARU DAN LEBIH SELESA UNTUK KEMASUKAN PELAJAR BARU 2016 DISAMPING MEMBERI KESELESAAN KEPADA PELAJAR YANG LAMA. LOKASI BARU ADALAH DI DENAI ALAM SELANGOR DAN DIJANGKA LOKASI BARU INI DAPAT MENAMPUNG SERAMAI 45 ORANG PELAJAR. DILOKASI BARU INI PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN BAGI MEMASTIKAN PELAJAR DAPAT MENJALANI SESI PEMBELAJARAN YANG LEBIH BAIK. AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH ADALAH SEBUAH SEKOLAH SWASTA YANG TELAH DIDAFTARKAN DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR. AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH TELAH MENDAPAT KELULUSAN PADA MAC 2015 OLEH JAIS DAN TELAH MENEPATI SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH AGAMA SWASTA SELANGOR. AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH MENYEDIAKAN PEMBELAJARAN AL QURAN DAN HADITH SEPENUH MASA. BAGI MEMASTIKAN PELAJAR- PELAJAR DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN DUNIAWI DAN UKHRAWI PIHAK AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH JUGA MENYEDIAKAN SUBJEK AKADEMIK SECARA SAMPINGAN. PIHAK AL BAYAN SCHOOL OF QURAN & HADITH JUGA AKAN MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI UMUR 17 TAHUN UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN SAMAADA SPM ATAU STAM.

VISI

MELAHIRKAN MUSLIM PROFESIONAL TAHUN 2023

MISI

MENYEDIAKAN PRASARANA PENDIDIKAN DAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG MODEN JUGA BERDAYASAING BERASASKAN AL QURAN DAN HADITH. AL QURAN DAN HADITH SEBAGAI TERAS PEMBELAJARAN DALAM MENDIDIK PELAJAR SUPAYA MAMPU MENGUASAI PELBAGAI DISIPLIN ILMU, BAHASA, KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN DIZAMAN KEMODENAN INI. DI SAMPING MEMENTINGKAN ASPEK PENGHAYATAN DAN AMALAN DALAM DIRI SETIAP MUSLIM DAN MENGHAFAZ AL-QURAN, MEREKA JUGA AKAN MENGIKUTI PENDIDIKAN SEMASA UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJI PELAJARAN MALAYSIA DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA SEPERTI KURSUS BAHASA ENGLISH, ARAB DAN MELAYU.

 



 

 



LAGI

Page 20 of 31