:
MAAHAD TAHFIZ AR RASID
Share:

MAAHAD TAHFIZ AR RASID

PENGENALAN

Madrasah As-Siddiq adalah antara cawangan di bawah seliaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid (MTAAR) yang telah ditubuhkan selama 18 tahun bermula tahun 1999 oleh Al Marhum Ustaz Abdul Rasyid Bin Abdul Ghani dan telah sah berdaftar dibawah JAIS dengan no. pendaftaran JLD.7(32). MTAAR juga mempunyai sebuah Madrasah bagi pelajar muslimah yang baru beroperasi tahun 2016 yang diberi nama oleh Sayyidil Habib Umar Hafizhohullah, pengasas Pusat Pengajian Tinggi Darul Mustofa Hadhramaut Yaman sebagai Madrasah Tahfiz Al-quran Ummahatul Mukminin (MTAUM). MTAAR juga mempunyai dua (2) lagi cawangan di Kemboja Khas untuk fakir miskin dan anak yatim.  Ditakdirkan Allah Azzawajalla telah menjemput Allahyarham Mudir Rasyid ke PangkuanNya, dan sekarang syarikat telah diambil alih oleh adik kandungnya Ustaz Khairulnizam dengan dibantu oleh ahli keluarga dan kakitangan yang sedia ada.