:
Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum
Share:

PENGENALAN

Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) adalah sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan pendidikan diniah dan akademik. Ditubuhkan pada tahun 2000, MATAQU kini  didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (NO. PENDAFTARAN JAIS: JAI.Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (66)) dan Persatuan Institusi Al-Quran Negeri Selangor (No. Pendaftaran : 2007-001-061). Jumlah pelajar terkini (2018) ialah sebanyak 203 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang daripada sesi tadika sehingga menengah

SEJARAH PENUBUHAN 

Madrasah Qasimul Ulum (MQU) telah diasaskan pada akhir tahun 1423 Hijrah bersamaan dengan tahun 2000 masehi oleh Tuan Haji Alauddin bin Ishak, sebagai sebuah madrasah integrasi tahfiz dan akademik. Nama Qasimul Ulum yang bermaksud "Pembahagi Ilmu" telah diberikan oleh penasihat pertama madrasah ini, Ustaz Muhammad Razif bin Abd. Wahab al-hafiz. Pada tahun 2012, pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diluluskan dan MQU telah bertukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU). Dari jumlah yang kecil pada peringkat awal yakni seramai 8 orang pelajar dan 2 orang guru, MATAQU kini telah berkembang dengan jumlah pelajar terkini (2018) ialah sebanyak 203 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang daripada sesi tadika sehingga menengah. Dari permulaan yang hanya diisi dengan pengajian peringkat awal persekolahan/tadika berbentuk sistem pembelajaran di rumah (home-schooling), kini kami menawarkan pengajian tahfiz integrasi sehingga ke peringkat menengah. Operasi maahad pada peringkat awal bermula dengan penyewaan sebuah unit lot kedai di Pusat Bandar Seri Gombak yang kemudiannya dipindahkan ke sebuah rumah lot tepi di fasa 5, Taman Seri Gombak. Pada tahun ketiga penubuhan, operasi telah dipindahkan diatas sebuah lot tanah yang dibeli dan diteroka di Tanah Gantian Sungai Tua. Pengajian masih tetap dijalankan didalam rumah-rumah yang telah dibina dan bagi menampung kekurangan bilik darjah, dua buah kontena telah dibeli bagi tujuan kegunaan kelas bagi pelajar-pelajar peringkat tadika. Pada awal tahun 2012, kerja-kerja pembinaan sebuah kompleks yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk menambah-baikan suasana pembelajaran dan mempertingkatkan profesionalisma pengurusan telah dimulakan diatas lot yang telah diwaqafkan. Akhirnya setelah semua kerja-kerja binaan berjaya disiapkan, semua kelas-kelas pengajian dari tadika sehingga menengah, asrama pelajar peringkat menengah serta pejabat pentadbiran telah dipindahkan dan dipusatkan didalam kompleks ini pada bulan Januari 2015.

PENCAPAIAN MATAQU

Mataqu telah beberapa kali dinobatkan dan masih merupakan juara bertahan dalam temasya sukan dan amal Islami diantara Maahad Tahfiz didalam daerah Gombak.

Keputusan keseluruhan calun-calun UPSR, PSRA, UPKK, SMU dan SPM setiap tahun telah dapat dikekalkan pada tahap keputusan yang cemerlang.

Selain daripada program kurikulum bersepadu yang baik - tahfiz, diniah dan akademik, Mataqu juga menerapkan konsep penggunaan bahasa multi-lingual (Bahasa Arab & English). Sebuah program robotik dan teknologi tinggi yang dinamakan Technofaz (Technological Huffaz) juga telah diujudkan bagi memberikan kepelbagaian pendedahan kepada pelajar. Semua ini adalah sebagai usaha persiapan ke arah membentuk generasi al Quran dan Rabbani masa depan yang mampu berdaya saing diperingkat antarabangsa.

 

Alamat:
Lot 46191 , Jalan Nenas,
Pinggiran Batu Caves,
68100 Selangor.

No Telefon:
03-6185 8776

Website:

http://www.qasimul-ulum.com/v0/index.php