MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL MUTHIAH(1)
a. Sebagai tuntutan Fardhu Kifayah, melahirkan seramai huffaz dan penghafaz Al-Quran yang mahir, berwibawa serta beramal dengan isi al- Quran.
b. Melahirkan generasi huffaz yang memimpin dan bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari serta tabah dalam menghadapi urusan dunia moden.
c. Melahirkan generasi seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
d. Ke arah pembentukan generasi al-Quran yang berakhlak dan
syumul.
e. Menyedia dan memberi peluang pengajian alternatif kepada salah
satu aliran dalam sistem pendidikan.
OBJEKTIF
Di antara objektif penubuhan Ma’had Tahfiz Al Quran Darul Muthiah adalah:
a. Membasmi buta al-Quran di kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
b. Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam tempoh 3 tahun.
c. Untuk menjadikan para huffaz yang serba boleh.
d. Menghidupkan peluang dan harapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara.
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN
Ditubuhkan pada awalnya atas nama Maahad Tahfiz Al Quran Sabil Al Rasyad Lil Banat oleh beberapa sukarelawan/jawatankuasa, yang telah mengenalpasti peranan,tugas dan gerak kerja serta merangka satu sistem pengajian tahfiz yang lengkap serta mengambil kira keperluan dan kehendak semasa dari penasihat-penasihat yang berpegalaman dalam bidang Tahfiz. Di samping itu, Pengerusi Maahad sendiri telah pun mempunyai konsep serta teknik pengajian dan hafazan yang berbentuk Talaqqi dan Tasme` yang terbukti berkesan terhadap pengukuhan al-Quran untuk jangka panjang.
Bermula dari keinsafan inilah serta hasrat masyarakat yang inginkan supaya ditubuhkan satu Ma`had Tahfiz yang dapat menampung keperluan tersebut, maka terbentuklah jawatankuasa Maahad Tahfiz AL Quran Darul Muthiah (1 yang di anggotai oleh ahli-ahli agama, bekas pegawai kerajaan, individu tertentu dan penduduk setempat. Seminggu pengajian telah dapat dijalankan dengan terkumpulnya seramai 5 orang pelajar dari sekitar Shah Alam.
Kini Maahad Tahfiz mempunyai lebih dari 60 pelajar di 3 cawangan berasingan dan telah menukar nama kepada Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah(1) pada 20 Februari 2018. Bagaimana pun beberapa ahli Lembaga Jawatankuasa Sukarela Maahad Tahfiz masih lagi kekal memegang jawatan masing-masing bagi memastikan maahad tahfiz berjalan lancar dan menjaga kebajikan pelajar serta pengurusan, mengikut arus pendidikan tahfiz kebangsaan.
SUKATAN PELAJARAN DAN JADUAL WAKTU
Sukatan pelajaran Ma’had Tahfiz al-Quran Darul Muthiah(1) adalah mengikut sukatan Addiniah yang ditetapkan oleh pihak JAIS dan sukatan akedemik Kementerian Pendidikan. Di mana, Isnin hingga Jumaat adalah diperuntukkan untuk pelajaran Hafazan dan Agama sementara hari Sabtu pula adalah diperuntukan waktu belajar pelajaran akademik mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kemterian Pendidikan. Ini bermakna, di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak ketinggalan dengan arus perdana, malah ianya terut memberi peluang kepada para pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila mereka telah khatam hafazan 30 juzuk Al Quran.
Pengajian yang diadakan di Maahad Tahfiz:
1) Al Quran
i) Hafalan
ii) Tadabbur Ayat
iii) Tajwid
iv) Penulisan Al Quran / Khat
2) Dinniyah
i) Fiqh
ii) Jawi
iii) Pengajian Islam
iv) Adab & Akhlak
3) Akademik
i) Bahasa Arab
ii) Sirah
iii) Bahasa Inggeris
iv) Matematik
4) Ko-Kurikulum
i) Silat
ii) Memanah
iii) Bola Jaring
iv) Ping pong
NAMA SEKOLAH ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON
Nama Ma’had : Ma’had Tahfiz al-Quran Darul Muthiah(1)
No Pendaftaran JAIS : JLD 4 (066)
NO. Akaun : MAYBANK
Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah(1)
No.akaun: 562106660508
Alamat : No.61, Jalan Gunung Nuang U11/28,
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
40170, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Alamat surat-menyurat : No. 7, Jalan Pilus Dua 27/24B, Seksyen 27
40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon : +6012 -2023024
Emel : nunature@yahoo.com