:
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AT- TAQWA
Share:

SEJARAH MAAHAD:
Maahad ini berjaya ditubuhkan yang bertempat di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kg Kubu Gajah, Sg Buloh Selangor Darul Ehsan.

Maahad ini secara rasmi di tubuhkan pada 14 mei 2008 iaitu dari hasil sumbangan ikhlas Tn Hj. Ali bin Jaafar yang telah mewakafkan bangunan serta sebidang tanah milik beliau di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor untuk kegunaan pihak AQWA bagi menempatkan pelajar – pelajar tahfiz yang mendaftar. Pada mulanya maahad ini bertempat di Masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar, dan 4 orang tenaga pengajar.Tetapi pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Pelajar di maahad ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahfiz dan Pra- Tahfiz.

Sekolah Rendah Islam at-Taqwa merupakan sekolah Integrasi menawarkan pendidikan Tahflz Al-Quran diniah (agama) dan akademik (kementerian) kepada para pelajar engan menggunakan sistem pendidikan yang berkualiti seria mempunyoi peperiksaan kepada pelajar seperti UPKK, PSRA (tahun 5 & 6) dan UPSR (tahun 6) seimbang dunia dan akhirat.
lbu bapa harus membuat persediaan awal untuk mendidik anak mereka supaya menjadi anak soleh dan solehah yang merupakan harta yong amat berharga bagi bekalan diakhirat yang kekal abadi seperti sabda Rasulullah S.A.W:

“Apabila matinya anak Adam akan terputusJah segala amalannya, kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat”.

Peribahasa ada menyebutkan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru itu, dalam merealisasikan peribahasa tersebut tahap umur yang sebaiknya untuk menghafal al-Quran adalah dari kecil sekurang-kurangnya berumur 4 tahun.

Ini sesuai dengan pemberian Allah S.W.T kepada manusio sejak dari kandungan lagi, otak telah dilengkapkan dengan sejumlah satu trillium (1000 000 000 000) sel otak (neuron) dan pada 3 tahun otak manusia berkemampuan untuk menguasai bahasa, emos, menghafal al-Quran, berlari, berenang, melukis, membacadan berbagai-bagai lagi kebolehan yang membezakan
antara manusia dan haiwan.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Untuk melahirkan seberapa ramai para Hafiz yang benar – benar mahir dan faham mengenai fungsi dan
kelebihan Al – Quran.
2. Dapat menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dan turut memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu kifayah.
3. Melahirkan insan bertaqwa, berakhlak mulia, serta sedia berkorban harta benda, jiwa dan raga untuk
mengangkat kembali kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.
4. Untuk melahirkan pemimpin masa depan yang dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat dengan
mengembling tenaga serta ilmu yang dipelajari dan akhirnya dapat menegakkan kembali agama Islam.
5. Untuk melahirkan dan menampung kekurangan para ilmuan dan Huffaz yang mampu memimpin masyarakat
ke arah masyarakat yang cintakan ilmu, beriman dengan rukun iman dan Islam serta bertaqwa kepada Allah
S.W.T

VISI DAN MISI

VISI

Melahirkan individu muslim yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, dinamik, dan diredhai Allah
SWT.

MISI

Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dengan meningkatkan potensi pelajar yang berpandukan Al –Quran serta As – Sunnah dan demi memartabatkan ketuanan Islam.

AlAMAT:

LOT 1855 JALAN GAJAH 24 
KG KUBU GAJAH
SUNGAI BULUH SELANGOR

WEBSITE:
http://tahfizaqwa.blogspot.com/

FACEBOOK MAAHAD:

https://www.facebook.com/maahadtahfiz.attaqwa

HUBUNGI:

019-2303032/03-61516156