PENGENALAN
MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL ELSAN diasaskan oleh UST ISHAK BIN ABDUL RAHIM dan sahabat sahabat beliau.
Mula beroperasi di taman jaya,puncak alam dan berpindah ke bangunan baru di kapar klang pada 5 januari 2014.diatas sekeping tanah seluas 1/2 hekar(hasil sumbangan DR AIZAN BT TUAN HAJI YUSUF).
Nama maahad diberi oleh AL HABIB MUHAMMAD BIN SOLEH AL ATHAS .MURSYID RIBAT AL FATAH HURAIDHOH YAMAN.
Kewangan Maahad Tahfiz ini bergantung kepada yuran bulanan dan sumbangan serta infak dari individu atau organisasi yang bermurah memberi sumbangan.
Berdaftar di bawah JAIS dan Persatuan Tahfiz Selangor(PITAS)
VISI
Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cinta Al-Quran.
Meramaikan Al-Hafiz di kalangan masyarakat islam.
Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran.
Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran.
Membentuk organisasi pendidikan agama dan tahfiz yang mantap yang mampu melahirkan pejuang agama yang cemerlang dunia dan akhirat.
MISI
Membina penempatan pelajar yang baik supaya pelajar dapat belajar dengan selesa.
Menyusun sistem pengajian berasaskan agama yang menitikberatkan hafazan al-quran dan fardhu ain di samping ilmu fardhu kifayah yang tidak dilupakan.
Mengatur suasana sekeliling yang damai dan harmoni agar pelajar dapat memberi fokus kepada hafazan dan pengajian.
Membimbing dan mengembangkan bakat dan prestasi pelajar agar dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berprestasi.
ALAMAT
Lot 3539 jalan keretapi lama bt 11 3/4 kg bt 12 42200 kapar klang selangor
HUBUNGI: 0136201543